Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Wednesday 30 December 2015

Rindu Ibu

harini aku tengah sibuk2 buat e-newsletter MOA tetiba aku terindu dan teringat emak yg amat sangat.
Aku tak dapat menahan air mata..aku terus menangis sorang2 kat opis.. aku mmg terlalu sayangkan emak..dialah ibuku yg dah melahirkan dan membesarkan kan. even dapan pantang ibulah yg banyak berkorban utkku.. tak kira siang malam. ibu tolong menjaga babyku..stokin aku ibu sarungkan..setiap kesakitan yg aku alami ibu cukup2 amik berat..ya Allah mengapa Emgkau amik Ibuku seawal ini?? Ibu sebenarnya tak bersedia lagi utk kehilangan IBU TERCINTA... ya Allah Engkau jaga Ibuku elok2..Engkau bagilah ibuku berekat disana. Engkau tempatkan ibuku di tempat yg terbaik dan tertinggi ya Allah.. Maafkan Adik Ibu..adik dah tak boleh bagi ibu duit setiap bulan, masakkan apa2 utk ibu, lap2kan ibu, berborak2 dengan ibu,picitkan kaki ibu.malah adik dah tak boleh temankan Ibu lagiii..adik dah tak boleh buat semua tu ibu..tapi... dalam hati ini Allahu...hanya Allah je yang tau ibu betapa adik terlalu sayang dan kasih pada ibu. adik berjanji adik akan sentiasa kirimkan pahala utk ibu disana. adik taknak lupakan Ibu dah takkan lupakan Ibu..adik nak sentiasa berbakti pada ibu sampai ke akhir hayat adik..

manjanya anak2 ibu ni dengan neneknya

masa ni kita belum kawen lagi.Ibu hantar kita kat bus stand

ni masa solat kat masjid.kita tak kawen lagi

ni masa kat tanjung piai

ni kat muar rasanya..tepi tanjung

ni masa kat melaka

ni masa kita pregkan rayyan..belanja mak,intan & yun makan pizza

comelnya mak..

Emak seorang ibu yg rajin..tak reti penat buat kerja

masa temankan mak buat checkup kat hosp JB

Wednesday 10 October 2012

antara Diploma & Ijazah

Kerani : eh kenapa borang awak kaler kuning? kenapa tak kaler hijau? dah mcm borang kerani dah ..

Aku : diam jek

Kerani : (calling) jap ek saya call As(bahagian HR) tanya kenapa borang awak kuning?

Aku : ok! (dlm hati : apsal la nak call aku tau la sbb aku nyer borang kaler kuning..)

pastu aku nampak As call dia dan terangkan satu persatu..tapi dia tak call aku balik..pastu aku pun call kakak kerani tu

Aku : haa kak knp?

Kerani : patutlah gred awak cume xx bukan gred 41...

Aku : mmg la saya tau , patutlah sy tengok akak pelik jek..selama ni mmg borang kuning pun..

Kerani : ooo ye kee..

* selama aku bekerja tempat lama, member2 aku suke citer pasal degree.. aku yg cume ada dip ni berdiam jek..aku tau la rata2 kawan2 aku sume ada degree sampai dorang pk aku pun ada..sbb selama ni aku diam jek.. aku rasa tertekan gak kadang2 sbb takde degree tapi nasib baiklah gred aku ketika tu sama ngan budak degree so dorang tak dapat detect la aku bahawasanya aku cume ada dip jek.. sampai la aku dapat keje kat sektor ala2 kerajaan ni gred aku berdasarkan qualification... sape yg tau tu tau laa..sapa yg tak tau rata2 ingat aku ada degree.. kadang2 malu gak ank buat pengakuan..takut org pandang rendah kat aku..tapi kat tempat kerja lama aku tu ada ada terlepas cakap yg aku ni ada bachelor bile dorang tanya..bkn niat nak berbohong tapi sbb nak jaga maruah diri..tu la sekali terlepas cakap lepas dari tu sampai skrg aku cube diam diri atau alihkan topik.. 
          Pada aku degree ni mcm maruah @ pride seseorang..dah lama aku dok berangan nak further study tapi tak pernah berkesempatan sbb kekangan masa.. anak pun kecik lagi..la ni mengandung kali ke-2.. sbb tu la aku berharap biar suami jek further dulu.. tapi tgk gaya dia mcm taknak jek.. aku btol2 ingin ubah kehidupan ditambah plak dengan degree.. hurmm bilalah ya Allah aku akan menggenggam segulung ijazah??




Monday 21 February 2011

Baby dalam pewot ini - 12weeks 4 days


Hari ni 21 feb 2011 dah 35w baby dalam pewot ni.. makin lama makin terasa kuat gerakan baby ni.. mmg aku akui semakin lama kudrat aku makin kurang. bila duduk kat lantai nak bangun tertonggeng2.. terpaksa la hb aku tarik atau pun kenelah berpaut pada kerusi.. dah la badan aku ni makin lama makiin berisi.. rasanya mungkin agak terlambat nak citer pasal perkembangan baby masa mula2 dulu.. tapi aku nak imbas kembali saat itu.........

     Pic ultra sound kat atas ni adalah 1st time aku wat ultra sound.. excited sgt2.. masa tu dah 12 minggu 4 hari..wat kat klinik keluarga.. doktor pompuan yg scan tu..mcm tak mesra jek.. hhuuhuhu...tapi  tak sangka kan dalam perut aku ni ada baby yg comel.. ye la sbb slama ni yg aku tau makan2 pastu gi toilet buang.. tapi tak sangka aku dapat rasa pengalaman indah mcm ni.. fyi masa ni tak rasa lagi baby tendang2.. dah 4 bulan baru rasa denyut2 manja..

sambung lagi nanti ye... (kene scan dulu pic yg len2) :-]

Monday 4 October 2010

Mata bOlat

takde apa sangat nak taip..cumenyer aku tertarik dengan mata bOlat ni... wakkakakakakka mmg chumel sangat ...
comel kan? sambil tersenyum lagi... hihiihihih
baby ni pun sama... BOLATT... pose maut tuuu! (sambil mejuihkan bibir)

Saja2 jek tepek sekadar utk eksersaiz perut ini... wahahhaakakkakgagagga!! XD

sekian

Sunday 3 October 2010

vector oohh vector...

citer pasal vector ni.. aku mmg giler dengan vector design ni.. biasalah time ada task kene wat apa lagi aku search la vector2 mcm nak rak.. mmg marveles laa..ye la nak harapkan aku design sendiri.. menangis air sirap pun blom tentu jadi wakakkakak... selalunya aku search dryicons.. kat sana mcm2 adoo..nak button ker nak wat header keeee mcm2 la! even time aku kawen tu pun aku cilok design kat situ utk wat tag kat goodie bag tu hehehehhehe...

contoh 1..cun ek..wat header pun sodapp

contoh 2 ... cun gak

contoh 3 .. kalo website tu nak nampak ala² kartun yg simple tp nmpak catchy gunalah design ni
haah lupe nak tunjukkan contoh yg aku design utk tag kat goodie bag aku bg tu... act ada 2 design tapi aku pilih 1 jek... pastu copy paste wat banyak2 pastu gunting laaa...akhir skali ikat la kat goodie bag tu..siap!

design pertama..tapi aku tak pilih yg ni..


ni opt kedua..last² aku pilih yg ni sbb lebih outstanding hohohoho...
cantik tak?? (perasan..)

ada lagi sebenarnya website2 yg menawarkan free vector graphics yg menarik... aku sker ! aku sker!!!
semuanya ada dihujung jari kan ? kan? kan???

salam..

dah lama tak blogging..

aku pun tak tau nak start dari mana.. bila tgk org lain memblog aku pun nak ikut.. tapi akhirnya hangat2 taik ayam jek..hehhe... secara jujurnya aku mmg malas nak buat catatan harian ni.. kecuali time time bengang ke marah ke sedih ke barulah teringat nak luahkan kat mana2... tapi last2 tak tulis gak akhirnya pendam je la dalam ati... hohohoohoho...  nak taip apa ek?? ermmm hurmmm ermmm hmmmm... nantilah aku pk...  
٩(●̮̮̃•̃)۶ ٩(-̮̮̃-̃)۶ ٩(͡๏̯͡๏)۶ ٩(-̮̮̃•̃)۶ ٩(×̯×)۶

Tuesday 23 September 2008

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Petua mmg berguna untuk kehidupan harian kite selain ia selamat kerana menggunakan bahan semulajadi yg paling pening ia murah dan menjimatkan. Petua ni aku dapat dari emel yg mungkin telah dikumpul² kan oleh tuan asalnya. Jom cobaaaaa....

1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan ditempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapatersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlahselalu.....

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih,perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

12. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Denganmenggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

13. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

14. Mencantikkan Kulit Muka

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

15. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

16. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. .Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

17. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangundaripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

18. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

19. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun.Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

20. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

21. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

22. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap dimuka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakalisetiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

23. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulamyang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihathasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

24. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petuaini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

25. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

26. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

27. Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails