Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Maternity tickers

Lilypie Maternity tickers

Tuesday, 23 September 2008

PETUA KECANTIKAN WAJAH

Petua mmg berguna untuk kehidupan harian kite selain ia selamat kerana menggunakan bahan semulajadi yg paling pening ia murah dan menjimatkan. Petua ni aku dapat dari emel yg mungkin telah dikumpul² kan oleh tuan asalnya. Jom cobaaaaa....

1. Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat yang kebanyakannya masalah ini dirasakan oleh setiap wanita.

2. Menghilangkan Tahi Lalat
Caranya ialah ambil nenas dan limau purut yang telah dikisar, sapukan ditempat tumbuhnya tahi lalat tersebut. Lakukan 2 atau 3 kali sehari sehingga ia jatuh sendiri.Amalkannya selalu, Insyaallah akan mendapat hasilnya segera. Saya pun sedang mengamalkannya sekarang. Selamat mencuba!!

3. Bibir Merah Semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu, memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

4. Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara-caranya ialah ambik daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada setiap malam.

5. Licin Berseri
Ambil Yogurt Asli kemudian sapu pada keseluruhan bahagian muka. Buat seperti masker..biarkan beberapa minit hingga yogurt tersebut kering kemudian cuci muka dengan air bersih. Ulang setiap 3 kali seminggu anda akan nampak hasilnya muka akan kelihatan licin,berseri, segar dan mengelakkan daripada kulit muka kering.

6. Naikkan Seri Wajah/Muka
Setiap kali sebelum anda ingin mendapatkan kelapa untuk santannya, jangan dibuang air kelapatersebut. Air kelapa tersebut boleh menyerikan wajah anda. Mula-mula ambil air kelapa itu dan sapukan ke muka anda. Biarkan sampai kering. Selepas itu, barulah basuh muka anda. InsyaAllah wajah anda akan berseri dan parut di muka akan beransur hilang. Amalkanlahselalu.....

7. Mengelak Daripada Lebam di Bawah Mata
Semasa kita menyapu krim atau foundation di muka... pada bahagian bawah mata sapu krim sambil mengurut guna jari manis sebanyak 3 kali dan baca selawat.

8. Menghilangkan Lebam Bawah Mata
Sebelum mandi pagi, lapkan mata anda dengan air sejuk dari peti sejuk.. cuba lah..ianya juga baik untuk menyegarkan mata.

9. Melicinkan Wajah
Ambil buah tomato makan @sapu pada muka pada waktu pagi dan malam. Muka akan menjadi licin dan halus. selamat mencuba.

10. Memerahkan Bibir Yang Hitam
Bibir yang hitam boleh kembali bertukar kepada warna merah. Caranya ambil 3 helai daun sirih,perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu di bibir pada waktu malam. Amalkannya selalu dan insyaallah apa yg anda hajati akan menjadi.

11. Menghilangkan Lebam di Bibir
Untuk menghilangkan atau mengurangkan lebam bibir akibat kesan merokok, ambillah halia dan ditumbuk lumat sehingga mengeluarkan air dari halia tadi. Amalkan menyapu kebibir anda setiap malam sebelum masuk tidur dan biarkan ianya kering sendiri. Untuk melembabkan bibir juga, anda ambil madu dan sapukan pada bibir anda setiap malam. Itulah yang saya malkan selalu. Selamat mencuba.

12. Membentuk, Menghitamkan serta Melebatkan Bulu Kening
Caranya mudah saja...ambil sebiji buah keras, bakar hingga hangus ( hitam ). Denganmenggunakan sebatang lidi yang bersih, gosok/asah pada buah keras tu. Kemudian sapukan pada kening dan bentuklah dengan sebaiknya. Lakukan beberapa hari. Seelok-eloknya sapukan pada kening anak yang baru lahir, Insya-Allah kening anak anda akan tumbuh dan berbentuk dengan cepat dan cantik. Petua ini juga boleh diamalkan oleh sesiapa saja yang inginkan kening cantik dan hitam. Selamat mencuba.

13. Naikkan Seri Wajah dan Otak Bijak
1. Seri Wajah: Ambil sedikit air dan selawat sebanyak tiga kali dan sapukan pada wajah lakukan pada tiap-tiap pagi insya'Allah wajah akan kelihatan berseri-seri.

2. Otak menjadi bijak: masukkan sedikit garam dalam 1 gelas air dan minum pada setiap pagi insyaallah mujarab.

14. Mencantikkan Kulit Muka

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

15. Menyerikan Wajah
Ambil,embun pagi dihujung rumput/daun ( dikawasan yang tiada pencemaran ) dan sapukan ditapak tangan.Kemudian sapukan di bahagian muka sambil berselawat dan biarkan hingga kering. Kemudian basuh muka anda. Amalkan selalu insyaallah.

16. Menghilangkan Hitam di Muka dan Jerawat
Ambil kayu manis dan dicelup di dalam air lalu kikis di atas benda kesat seperti batu.. sapukan kayu manis yang sudah dikikis di kawasan bintik- bintik hitam dan jerawat.. Insyaallah jerawat dan bintik- bintik hitam akan beransur hilang...tapi kena rajin mengamalkannya. .Semoga anda berjaya dan selamat mencuba.

17. Petua Awet Muda
Bangun pagi dari tidur...minum air masak @ air kosong 3 gelas sebelum basuh muka @ gosok gigi. Selepas itu barulah bersiap untuk mandi. Amalkan selalu setiap pagi selepas bangundaripada tidur. Senang dan mudah. Cuba dan lihatlah kesannya kerana saya telah mencubanya.

18. Muka Berseri
Bangun pagi, sebelum air menyentuh mana2 anggota badan, gunakan jari telunjuk dan rautkan menggunakan air bermula dari bawah muka hingga ke dahi disertai dengan selawat. Buat sebanyak 3 kali. Amalkan setiap hari. Insya ALLAH, wajah anda akan berseri2. Jangan rautkan dari atas ke bawah, sebab ia akan menjadikan wajah cepat kedut. Dan jangan tinggal solat serta baca Alquran dan berwirid.

19. Sentiasa Muda
Ramai wanita yang ingin nampak muda walaupun usia sudah mencecah sehingga 35 tahun.Petuanya mudah sahaja,apabila bangun dari tidur, ( jangan gosok gigi ) minum segelas air suam beserta dengan selawat. Insyaallah umur 35 tahun pun masih kelihatan muda

20. Nampak Muda
Untuk kelihatan sentiasa muda walaupun umur anda telah meningkat dewasa amalkanlah selalu makan ulam kampung. Ia banyak memberi khasiat pada tubuh badan kita. Dan anda juga digalakkan supaya selalu tersenyum walaupun anda sedang menghadapi banyak masalah. Senyum adalah satu sedekah. Selamat mencuba.

21. Sentiasa Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda. Itu je terima kasih.

22. Kulit Sentiasa Tegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telor dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga sehingga kering Kapas yang melekap dimuka akan menjadi seperti topeng muka apabila di buka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sakalisetiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.

23. Muda Jelita Sentiasa
Setiap wanita amat mementingkan kecantikan dan kesihatan diri. Amalan memakan Ulam-Ulamyang segar dan Buah-buahan tempatan dapat membantu kita mengekalkan Kesihatan dan akan kelihatan lebih Muda dari Usia Sebenar. Ulam - ulaman yang saya maksudkan ialah Ulam Pegaga. Amalkan memakan Ulam Pegaga selama beberapa Minggu dan anda akan lihathasilnya. Ianya juga memberi kesan yang Baik kepada kesihatan dalaman anda. Selamat mencuba petua ini.

24. Wajah Jelita
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf, jangan takbur bila petuaini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

25. Lentikkan dan Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah... ...lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

26. Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai dimuka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

27. Menghaluskan Kulit Muka
Caranya ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik kelapa muda itu pada batu. Kemudian ada lumurkanlah pada muka anda.

SMS short form

Seronok gak bile kita tau short form SMS ni..so mari kite belajar sedikit sebanyak. dan lagi satu jgn lupe try ek..kalau dah terer boleh la taip laju mcm org kat atas ni... (crazy fingers)

1dRfl - wonderful
2 - to/too/two
2dA - today
2moro - tomorrow
2nite - tonite
3dom - freedom
4 - for
4get - forget
4N - foreign
ADN - any day now
AFAIK - as far as I know
AFAIR - as far as I recall
ASAP - as soon as possible
ATM - at the moment
B - be
B4 - before
B4N - bye for now
BB - bye-bye
Bf -boyfriend
BG - big grin
BION - believe it or not
BK - big kiss
BTDT - been there, done that
BTW - by the way
By - busy
C - see/sea
CB - call back
CUL - see you later
CWYL - chat with you later
DUZ - does
DUZNT - doesn't
F2F - free to talk?
G2G - got to go
Gf - girlfried
Gr8 - great
Grr - angry
H2 - how to
HUH - have you heard?
IC - I see
ICCL - I couldn't care less
IK - I know
ILU (or ILY) - I love you
in4ml - informal
KISS - keep it simple, stupid
KUTGW - keep up the good work
@ "At"
MSG "Message"
W "With"
ATB "All the best"
NE "Any"
W/O "Without"
B "Be, Bee"
NETHNG "Anything"
WKND "Weekend"
BCNU "I'll be seeing you"
NE1 "Anyone"
XLNT "Excellent"
BWD "Backward"
NO1 "No-one"
XOXOX "Hugs and kisses"
B4 "Before"
OIC "Oh, I see"
YR "Your"
PCM "Please call me"
1 "One, Won"
CU "See you"
PLS "Please"
DOIN "Doing"
PPL "People"
:) Original smiley
:-) Classic smiley
;-) Wink
:-)) Very happy
-) Hee-hee
:-D Laugh loud
:-o Amazement
:^D" Great! I like it!
:-* Kiss
<3> Develish grin
(:-K- Dressed to kill
:- Angry
::=)) Seeing double
:-> Hey
:-0 No explanation
#:-) Hair in a mess
>;-(' I am spitting mad
#-) Partied all night
:- Hmmm
:-& Tongue-tied
L8 - late
L8r - later
LMK - let me know
M8 - mate
MOF - matter of fact
MT - empty
MTE - my thoughts exactly
NAGI - not a good idea
Ne - any
Ne1 - anyone
No1 - no one
nrg - energy
OIC - Oh I see
OK - okay
ONNA - oh no, not again!
OTT- over the top
PCM - please call me
Pls - please
Ppl - people
PTL - praise the Lord
R - are
Re - regarding
RUOK - are you okay?
Spk - speak
Sry - sorry
SWAK - sealed with a kiss
THX - thanks
TTYL - talk to you later
TXT - text
U - you
U@ - you at? (where are you?)
UOK - you okay?
UR - your/you're
Usu - usually
W8 - wait
W84M - wait for me
W/ - with
Wan2 - want to
wn - when
WMF - works for me
XLNT - excellent
Y - why
YM - you mean
YR - yeah, right
GONNA "Going to"
SUM1 "Someone"
3SUM "Threesome"
GR8 "Great"
STRA "Stray"
4 "For, Four"
H8 "Hate"
THNQ "Thank you"
:-) "I'm happy"
L8 "Late"
THX "Thanks"
:-o "I'm surprised"
L8R "Later"
U "You"
:-( "Sad face"
LUV "Love"
UR "You are "
d:) "Baseball cap "
MOB "Mobile"
WAN2 "Want to?"
;-/ "Confused"
2DAY "Today"
F2T "Free to talk"
RUOK "Are you okay?"
2MORO "Tomorrow"
FWD "Forward"
RGDS "Regards"
(:-... Heart-broken
%-) I'm tipsy but happy
#:-o Oh no!
:-# My lips are sealed
8-) Sender wears glasses
:+( I'm hurt by that
:*)? Are you drunk?
<:-0 Eeek! :-e I'm disappointed (-: Sender is left-handed <:-) Dumb question

Petua : CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN



1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil,tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, padakebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahappengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Inimenyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL.Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air,pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yangdisebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan parasgula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makansecara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada didalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan seratdan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat,mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah.Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari.Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan.Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti dimana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diarimakanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus.Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar.Tukarlah fikiran andauntuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan danjangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakinbanyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuaidengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebihefektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapatingkat,kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku.Melenturkanotot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapatmencantik dan merampingkan peha.

Novel ayat-ayat cinta



Cerita ini mmg best giler, lain dari yg lain... aku bagi 5 bintang..aku syorkan pada sesiapa yg belum tgk citer ini silalah tgk. mmg penuh dengan pengajaran dan keinsafan pada diri kite. Honestly la masa aku tgk citer ini mmg sedih laa banjir pc aku ni...kalo aku citer lelebih tak surprise la nanti. so kepada uols sume yg terlepas citer ini jgn bimbang sbb korang boleh download je novel kat sini :

http://rapidshare.com/files/147896446/Novel_Ayat_Ayat_Cinta.pdf.html

atau kalo nak senang tgk je dari youtube. Korang search perkataan "ayat-ayat cinta" so nanti kuar la sume listnya. sume ada 13 parts. so jgn lepaskan peluang yeee..................... ;)

Bercinta tu adalah ibarat menunggu bas




Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,"Eee... penuhnya... tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua.Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee... bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm.... takde air-cond... cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya. Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna. Dan kemudian barulah awak sedar bahawa... awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak. Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak? Jadik, (terutamanya golongan perempuan) lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu. Tapi... saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu >>tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak! Hahahaha.... Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu... semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta! Moral: marilah kite tunggu bas... tak payah naik kereta...

Lawak Pak Pandir Di bulan Puasa



Di suatu petang yang cerah .. Pak pandir dan bininya sedang mendengar ceramah agama dari surau yg berdekatan dengan rumah mereka sementara menunggu waktu berbuka puasa . Antara ceramahnya adalah membaca doa sebelum makan.
" Ya tuan-tuan sebelum makan hendaklah kita membaca doa dahulu, ini adalah kerana syaitan akan makan makanan kita dan membuatkan kita makan tak kenyang-kenyang… ." kata ustaz itu.
Lalu pak pandir ni pun baliklah bersama bininya petang tue. Semasa sedang berbuka puasa malam tu, pak pandir tiba-tiba bangun dan meluru ke tandas berkali-kali. Tak cukup dengan tu, tidur malam tu pulak pak pandir nie asyik terkentuuooot memanjang..
Bininya tak tahan, maka tanyalah bininya kepada Pak Pandir, "Awak makan apa sampai jadi camni?"."Tadi aku makan julap tak baca doa, biar padan muka syaitan tu…. berak-berak makan julap….muahahahahaha ha!!!!!
Sesungguhnya… niat pak pandir memang suci…
Lagipon .. bulan puasa mana ade setan kan ?

Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)



Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganya menjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu). Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam. Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit. Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah. Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti 'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau diterbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. "Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allah s.w.t pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long. Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. " Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. " "Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kita tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan senyum lebar.

Monday, 22 September 2008

Betapa pentingnya Solat Istikharah dalam kehidupan harian kita

sebenarnya dalam kehidupan ini kite mmg tak boleh lari dari membuat pilihan.. pilihan tu la yg menentukan perjalanan kite seterusnya. persoalannya betulkah kite sememagnya dah membuat pilihan yg tepat? sbb tu la aku nak sicara² nak buat solat istikharah.. mmg aku tercari² selama ni cara yg betul sbb maklumlah dah lama tak buat...ni aku petik dari website darulsyiffa ....jom buat..

Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis:

Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:

“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.

Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.

Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Dalam contoh yang lain pula penulis ingin berkongsi dengan satu kisah yang disampaikan kepada penulis seperti berikut;

Kisah-5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.

Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.

Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu)


Terjemahan Doa':

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)


Terbuka hati nak buka blog

Assalamulaikum.. sebenarnya selama ni aku mmg tak pernah terfikir nak bukak blog. Sebab hobi aku hanya membaca blog org je. almaklumlah.. aku ni kan pemalu manalah suke kongsi cerita dengan org lain heheheh... apa pun aku akan cube muatkan bahan yg terbaik dalam blog kesayangan aku ini.. tq to all of u guyz...
adios..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails